Jumaat, 6 Julai 2018

Teringat masakan Emak....

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...



Laksa Sarawak.

Entri kali ini mengisarkan tentang masakan yang asal dari kampung halaman saya iaitu Laksa Sarawak. Entah kenapa tiba- tiba teringat masakan ni. Mungkin lama rasanya tak balik kampung serta merasa makanan ni. Tambah-tambah teringat air tangan emak. Laksa Sarawak sememangnya unik jika di bandingkan dengan laksa- laksa dari Semenanjung. Sesetengah orang memang amat menggemari laksa ni dan ada pula yang kurang berminat pada laksa Sarawak ni. Mungkin bagi mereka kerana bau dari rempah Laksa tersebut kot. Bukan senang nak buat Pes laksa Sarawak ni. Pes laksa tersebut terpaksa diadun dengan pelbagai bahan seperti bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga,kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar serta beberapa rempah dan bahan lain yang dicampur dan dikisar. Bahan- bahan tersebut kemudian ditumis dan dicampur bersama rempah kari, biji bijan serta kacang panggang dan kemudiannya menghasilkan pes laksa Sarawak. Sekarang pes laksa Sarawak ni boleh didapati dengan mudah di beberapa pasaraya di sekitar malaysia. kalau tak jumpa juga kena order dari Sarawak le jawabnya. Ada beberapa pes laksa Sarawak terkenal antaranya ialah Pes Haji Manan. Selain itu juga terdapat pes jenama swallow yang dikatakan antara pes pelopor terawal di Sarawak iaitu sekitar thun 60an. 




pes laksa Sarawaka jenama Haji Manan

Pes laksa Sarawak Cap Burung Bayan.


Bahan utama laksa Sarawak iaitu mihun, omelet yang dihiris halus, udang, isi ayam rebus yang dicarik, tauge, serta sambal yang dicampur perahan limau kasturi. Air rebusan Ayam dan udang di guna pakai kembali untuk membuat kuah laksa Sarawak ni. tumis pes bersama bawang dan kemudiannya campur santan agar ianya pekat dan berlemak. setelah masak anda akan dapat mencium aromanya berbeza dari laksa yang lain. walaupun warna kuah laksa Sarawak ini  seakan akan kari namun berbeza sekali dari segi rasa. Saya bukan menceritakan tentang resipi tetapi hanya sedikit sebanyak info tentang laksa Sarawak ni.



Hidangan Laksa Sarawak.


Jika anda berkunjung ke Sarawak rasanya tiada masalah untuk mencuba masakan Sarawak ni. Banyak tempat -tempat boleh anda kunjungi termasuklah  di lapangan terbang Kuching pun rasanya ada menjual laksa Sarawak ni. Jika anda pergi ke kawasan Kuching banyak lagi restoren dan kedai -kedai yang menjual laksa Sarawak.  Antaranya Moms Laksa di sekitar kawasan Petra Jaya. Banyak lagi restoren terkenal yang menjual laksa Sarawak serta makanan tradisional dari Sarawak ni. tapi kali ini saya hanya menceritakan tentang laksa Sarawak. ok lah.setakat ini lah info tentang laksa Sarawak. Jangan lupa mencuba masakan ni bila berkunjung ke Sarawak....

Terima Kasih...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih la...