Khamis, 5 Julai 2018

Ke Langkawi kita......

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ni saya ingin berkongsi sedikit pengalaman perjalanan saya ke Pulau Lagenda di Kedah iaitu Pulau Langkawi. Waktu ni saya pergi bersama kawan. Bukan tujuan untuk melancong, tapi ada kerja sikit di langkawi. Perjalanan dari rumah saya di kawasan Kulim hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan melalui Lebuh Raya Utara Selantan sampai ke Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis ke Langkawi saya kemudiannya menaiki feri dianggarkan masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit. harga tiket  untuk dewasa RM18 . Manakala untuk kanak- kanak lebih kurang RM13. Untuk orang Langkawi pulak boleh dapat diskaun. Tapi kad pengenalan bukti orang Langkawi tu kena tunjuk le. Jadi, tepat jam 3 petang saya pun beratur le naik feri menuju ke Langkawi.





Jeti Kuala Perlis
Sekitar terminal feri Jeti Kuala Perlis


Mulanya di Kuala Perlis tu cuaca mendung tapi bila berada di laut tu tiba- tiba hujan lebat. boleh tahan le dia punya gelora. jika tak kena gaya boleh muntah balik apa yang dimakan tadi. Tapi jika anda nak ke Langkawi selain menaiki feri anda boleh cuba alternatif lain  iaitu menaiki kapal terbang. Ada penerbangan ke Langkawi ni tiap-tiap hari. Apapun alhamdulillah ok jugak sampai ke Langkawi. Seperti biasa, Langkawi ni memang banyak dengan Kunjungan pelancong. tak kira pelancong dari Malaysia atau dari negara luara. Baru tadi sempat bertanya pada salah seorang pemandu pelancong di sini. Katanya sekarang musim pelancong dari Arab. patut le pasangan dan keluarga dari negara arab nampak ramai. bermusim rupanya. Sampai je di Pulau langkawi kawan saya dah tunggu untuk pick up saya. Tapi sebelum tu saya sempat juga jenguk- jenguk di sekitar terminal jeti Langkawi ni. banyak kedai barangan bebas cukai. paling top dah tentu Haji Ismail Group (HIG).





Mercu tanda Langkawi.. Burung Helang.



Terminal Feri Jeti Langkawi

  Sekitar terminal Jeti Langkawi



Selepas itu saya dan rakan-rakan yang lain pun menaiki kereta ke tempat penginapan kami di kawasan Pantai Cenang. Bila sampai je di homestay tu kami bercadang nak keluar jalan- jalan di sekitar pantai Cenang ni. Tapi tujuan kami lebih terarah pada kawasan pantai berdekatan dengan Airport Langkawi tu. Sampai je di kawasan pantai apa lagi kami pun ambil le gambar. Maklum le dah lama tak sampai di sini. Alang-alang kami tunggu sampai  matahari terbenam. Memamg suasana yang menarik..



                            Pantai berdekatan dengan airport Langkawi. menarik bukan.

                                         
                                                   
Suasana matahari terbenam.





Selepas itu kami pun balik ke tempat penginapan kami. Pada sebelah malam pula kami semua keluar menuju ke pantai Cenang. Wow, memamg nampak meriah di sini dengan palancongnya. Macam- macam aktiviti di lakukan. Yang berenang pun ada waktu malam ni. So kami mengambil keputusan untuk melihat pertunjukan api dan sambil tu kami layan "Shisya" tepi pantai tu. harga sewa Shisya rm25. Dengan cuaca yang sejuk sambil melihat pertunjukan api ni rasa seronok pula, Kami berbual sehingga lebih kurang jam 12 malam dan selepas itu barulah kami balik ke tempat penginapan kami setelah rasa penat seharian berjalan..

ok.itu untuk entri kali ni. Nanti saya akan ceritakan lagi pada entri akan datang.sampai berjumpa lagi.terima kasih.



Sekitar pantai Chennang



Pertunjukan Api



Suasana malam di Pantai Chennang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih la...