Rabu, 11 Julai 2018

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih lagi berada di Langkawi. Jadi apa kata saya kongsikan sedikit pengalaman termasuk video pendek makan malam bersama rakan-rakan saya ketika berada di  sini. Hari ini setelah selesai melakukan kerja masing- masing saya bersama kawan saya merancang nak keluar bersantai di tepi- tepi pantai sekitar kawasan airport Langkawi. boleh tahan jugak orang yang bersantai petang- petang ni. maklum le hari cuti. Tambah pulak dengan kehadiran para pelancong dari luar Langkawi. Sambil- sambil keluar bersantai tu rasanya elok jugak singgah di gerai- gerai yang ada di sini. banyak jugak gerai yang ada di tepi- tepi jalan ni. pemandangan yang indah disamping boleh melihat kapal terbang berlepas dan mendarat di landasan kapal terbang Antrabangsa Langkawi ni. Tapi hari ni cuaca kurang mengizinkan. Angin kuat dan laut bergelora. Jadi saya dan rakan-rakan tidak boleh lama di tepi pantai. Takut-takut hujan turun. Maka tak lama kami singgah makan dan minum dan kemudiannya kami pun beredar.











                       


Keadaan sekitar pantai.


                                       
                           


Makan malam bersama rakan.

Nampak meriah juga sekitar pantai pada waktu petang di kawasan ni. Tapi malam hari keadaan di sini sunyi sepi. Hanya untuk remaja-remaja melepak. Suasana gelap menjadikan keadaan waktu malam di sini kurang pengunjung. Banyak pengunjung serta pelancong memeriahkan suasana di pantai Cenang. Pada sebelah malam pula saya bersama rakan keluar pula untuk makan malam di kawasan Padang Matsirat. Banyak kedai-kedai Tomyam yang dibuka sepanjang jalan dari bulatan lapangan terbang menuju ke Jalan Padang Matsirat. Jadi kami singgah untuk makan malam di salah satu kedai di sini iaitu Kedai Selera Pattani. Makanan boleh tahan sedap. Kena dengan selesa. Selesai makan dan berborak maka kami pun beredar. Apapun hari ni penuh aktiviti. Jadi itulah sedikit sebanyak aktiviti saya dan rakan pada petang dan malam di sekitar Langkawi untuk hari ni..moga ada cerita yang saya kongsikan lagi di lain entri.
Terima Kasih.....





0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih la...