• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Rabu, 11 Julai 2018

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih lagi berada di Langkawi. Jadi apa kata saya kongsikan sedikit pengalaman termasuk video pendek makan malam bersama rakan-rakan saya ketika berada di  sini. Hari ini setelah selesai melakukan kerja masing- masing saya bersama kawan saya merancang nak keluar bersantai di tepi- tepi pantai sekitar kawasan airport Langkawi. boleh tahan jugak orang yang bersantai petang- petang ni. maklum le hari cuti. Tambah pulak dengan kehadiran para pelancong dari luar Langkawi. Sambil- sambil keluar bersantai tu rasanya elok jugak singgah di gerai- gerai yang ada di sini. banyak jugak gerai yang ada di tepi- tepi jalan ni. pemandangan yang indah disamping boleh melihat kapal terbang berlepas dan mendarat di landasan kapal terbang Antrabangsa Langkawi ni. Tapi hari ni cuaca kurang mengizinkan. Angin kuat dan laut bergelora. Jadi saya dan rakan-rakan tidak boleh lama di tepi pantai. Takut-takut hujan turun. Maka tak lama kami singgah makan dan minum dan kemudiannya kami pun beredar.











                       


Keadaan sekitar pantai.


                                       
                           


Makan malam bersama rakan.

Nampak meriah juga sekitar pantai pada waktu petang di kawasan ni. Tapi malam hari keadaan di sini sunyi sepi. Hanya untuk remaja-remaja melepak. Suasana gelap menjadikan keadaan waktu malam di sini kurang pengunjung. Banyak pengunjung serta pelancong memeriahkan suasana di pantai Cenang. Pada sebelah malam pula saya bersama rakan keluar pula untuk makan malam di kawasan Padang Matsirat. Banyak kedai-kedai Tomyam yang dibuka sepanjang jalan dari bulatan lapangan terbang menuju ke Jalan Padang Matsirat. Jadi kami singgah untuk makan malam di salah satu kedai di sini iaitu Kedai Selera Pattani. Makanan boleh tahan sedap. Kena dengan selesa. Selesai makan dan berborak maka kami pun beredar. Apapun hari ni penuh aktiviti. Jadi itulah sedikit sebanyak aktiviti saya dan rakan pada petang dan malam di sekitar Langkawi untuk hari ni..moga ada cerita yang saya kongsikan lagi di lain entri.
Terima Kasih.....





Ahad, 8 Julai 2018

"Check Engine" menyala.....

Assalamualaikum dan salam sejahtertera...




Antara lampu amaran pada papan pemuka. bergantung pada kenderaan anda


Ramai kita di luar sana yang memandu tanpa menghiraukan lampu amaran check engine yang menyala. Mungkin sesetengah individu tidak perasan atau pun saja buat- buat tak tahu. mungkin juga tak tahu langsung apa itu 'Check engine" atau menganggap itu adalah pernyalaan biasa. Tetapi perlu diingatkan bahawa kita perlu ambil perhatian pada lampu amaran Check engine ni. Terdapat banyak persoalan mengenai amaran check engine ni. puncanya kadang- kadang tidak dapat dikenal pasti dengan hanya meneka tentang masalah tertentu sahaja pada kenderaan kita. Kadang- kadang masalah ini datang berkait-kait antara satu sama lain dan telah dikesan oleh sistem pengoperasian. kemudian dihantar ke paparan meter oleh unit "kotak komputer" dalam kereta yang merupakan fungsi utama bagi menjalankan sistem pada kereta anda. Masalah tersebut mungkin berkaitan dengan mekanikal, masalah teknikal perisian pada kereta anda dan sebagainya. Kebanyakan masalah ini berpunca dari kompenen sensor yang telah rosak atau mengalami gangguan. Penting untuk kita tahu kod- kod "error" yang dipaparkan pada papan pemuka dalam kereta anda bagi mengelak masalah lebih serius berlaku pada kenderaan anda.















Bila lampu Check engine menyala maka segeralah ke servis atau bengkel. Lakukan pemeriksaan diagnosis melalui alat "Code Reader". Ia akan membantu mengesan permasalah yang terjadi pada kereta anda dan memaparkan kod- kod error. Seeloknya Reset terlebih dahulu kotak komputer anda dengan memutuskan sambungan bateri dan kemudiannya menyambung semula. Kesan permasalahan yang terpapar pada alat code reader dan perbaiki masalah mekanikal pada kompenen kereta anda. Kompenen yang rosak segeralah di ganti bagi mengelak masalah yang lebih serius serta kadang- kadang boleh mengaitkan permasalahan pada kompenen lain.
Diharap entri ini dapat membantu anda. sampai berjumpa lagi di lain entri.....
Terima Kasih..



Antara unit kotak Komputer pada kereta ( dianggap otak pada sistem kereta)









Turunkan berat badan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....




Topik kali ini saya ingin bercerita tentang cara penurunan berat badan secara sihat.  Maklum le aktiviti makin kurang bila kita sibuk ni. Kena pulak makan tak kawal jadi berat badan pun bertambah le. Mula le tak selesa serta rendah diri bila dapati diri kegemukan. Sekarang ni rasanya ramai orang diluar sana becerita tentang makanan seimbang, diet, workout dan zumba bagai. Itu semua adalah beberapa usaha untuk menurunkan berat badan serta mengekalkan berat badan. Ada juga yang sanggup berlapar atau membeli produk yang mahal untuk kuruskan badan. Bila tak menjadi mula le menjadi tekanan. diet entah kemana, produk pun masuk dalam tong sampah. kadang- kadang sikap dari sesetengah individu sendiri mahukan hasil dalam tempoh masa yang singkat tapi kurang usaha, pemakanan, dan tiada aktiviti berpeluh langsung. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda fahami mengenai penurunan berat badan ni. Antaranya adalah:







1.  Kurangkan berang badan dengan diet yang seimbang.
     - Rancang jadual pemakanan serta prihatin pada kalori- kalori yang terdapat makanan
       tersebut.
     - Jangan melangkaui waktu makan. makanlah pada waktu normal.
     - Banyakkan meminum air kosong.
     - Kurangkan makan serta minum pada kandungan gula yang tinggi.
     - Perbanyakkan makan seperti buah- buahan, sayur- sayuran, ikan dan bijiran.

2.  Makan makanan yang sedikit tapi mengenyangkan.
     - Makan yang seimbang bukan sahaja memberi nutrisi rendah kalori tetapi membolehkan anda
       kenyang dengan cepat serta bertahan lama.
     - Amalkan memakan makanan berikut dalam menu anda:
        * bijiran oat.
        * epal
        * telur
        * halia
        * sayuran
        * kekacang
        * gandum

3.  Kira jumlah kalori dalam pemakanan.
    - Seperti yang anda tahu kalori amat penting untuk menjana tenaga dalam tubuh badan
      manusia.
    - Jumlah kalori setiap individu juga berbeza mengikut pada peningkatan umur serta beberapa
      faktor lain.jadi ambillah kalori yang bersesuian dalam diri anda.






4.  Cuba kurangkan pengambilan gula.
    - Cara ini paling mudah dalam penurunakn berat badan. kurangkan pengambilan gula serta
       banyak meminum air masak. anda akan lihat sendiri hasilnya.






5.  Aktif bergerak atau banyakkan bersenam
     - Banyak aktiviti senaman yang perlu diambil bagi menurnkan berat badan serta mengekalkan
       berat badan seimbang.
     - untuk langkah awal bagi menurunkan berat badan tidak semestinya dengan menjalani sukan 
       lasak tapi cukuplah sekadar aktiviti jogging atau berbasikal. selepas itu sedikit demi
       sedikit naikan kadar aktiviti mengikut daya ketahanan tubuh badan anda. selain
       dari itu lakukan juga workout di dalam rumah atau di luar.


Sebenarnya saya sendiri telah mengamalkan diet Aktins. Segala nota, rujukan serta info saya ikut dalam diet Atkins. Hasilnya memang memuaskan. 2 bulan saya telah turun sebanyak 12 kilo iaitu dari 79kg ke 67kg. Bagi saya itu sudah memadai kerana ia adalah berat badan ideal mengikut ketinggian serta usia saya. Pada mulanya memang terasa jugak kerana pengambilan gula, nasi serta pengambilan karbo yang tinggi tidak dibenarkan. Badan mula lesu kerana karbohidrat yang kurang dalam tubuh badan. Tetapi berkat nekad dan usaha saya dapat juga menyesuaikan diri dengan diet ni. Jadi sekarang saya hanya perlu melakukan aktiviti senaman serta jaga pemakanan agar sentiasa cergas dan berat badan seimbang.. Yang penting kekal cegas dan aktif. Jadi itulah sedikit sebanyak tentang info penurunan berat badan. jumpa lagi di lain entri..
Terima Kasih......



Jumaat, 6 Julai 2018

Teringat masakan Emak....

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...



Laksa Sarawak.

Entri kali ini mengisarkan tentang masakan yang asal dari kampung halaman saya iaitu Laksa Sarawak. Entah kenapa tiba- tiba teringat masakan ni. Mungkin lama rasanya tak balik kampung serta merasa makanan ni. Tambah-tambah teringat air tangan emak. Laksa Sarawak sememangnya unik jika di bandingkan dengan laksa- laksa dari Semenanjung. Sesetengah orang memang amat menggemari laksa ni dan ada pula yang kurang berminat pada laksa Sarawak ni. Mungkin bagi mereka kerana bau dari rempah Laksa tersebut kot. Bukan senang nak buat Pes laksa Sarawak ni. Pes laksa tersebut terpaksa diadun dengan pelbagai bahan seperti bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga,kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar serta beberapa rempah dan bahan lain yang dicampur dan dikisar. Bahan- bahan tersebut kemudian ditumis dan dicampur bersama rempah kari, biji bijan serta kacang panggang dan kemudiannya menghasilkan pes laksa Sarawak. Sekarang pes laksa Sarawak ni boleh didapati dengan mudah di beberapa pasaraya di sekitar malaysia. kalau tak jumpa juga kena order dari Sarawak le jawabnya. Ada beberapa pes laksa Sarawak terkenal antaranya ialah Pes Haji Manan. Selain itu juga terdapat pes jenama swallow yang dikatakan antara pes pelopor terawal di Sarawak iaitu sekitar thun 60an. 




pes laksa Sarawaka jenama Haji Manan

Pes laksa Sarawak Cap Burung Bayan.


Bahan utama laksa Sarawak iaitu mihun, omelet yang dihiris halus, udang, isi ayam rebus yang dicarik, tauge, serta sambal yang dicampur perahan limau kasturi. Air rebusan Ayam dan udang di guna pakai kembali untuk membuat kuah laksa Sarawak ni. tumis pes bersama bawang dan kemudiannya campur santan agar ianya pekat dan berlemak. setelah masak anda akan dapat mencium aromanya berbeza dari laksa yang lain. walaupun warna kuah laksa Sarawak ini  seakan akan kari namun berbeza sekali dari segi rasa. Saya bukan menceritakan tentang resipi tetapi hanya sedikit sebanyak info tentang laksa Sarawak ni.



Hidangan Laksa Sarawak.


Jika anda berkunjung ke Sarawak rasanya tiada masalah untuk mencuba masakan Sarawak ni. Banyak tempat -tempat boleh anda kunjungi termasuklah  di lapangan terbang Kuching pun rasanya ada menjual laksa Sarawak ni. Jika anda pergi ke kawasan Kuching banyak lagi restoren dan kedai -kedai yang menjual laksa Sarawak.  Antaranya Moms Laksa di sekitar kawasan Petra Jaya. Banyak lagi restoren terkenal yang menjual laksa Sarawak serta makanan tradisional dari Sarawak ni. tapi kali ini saya hanya menceritakan tentang laksa Sarawak. ok lah.setakat ini lah info tentang laksa Sarawak. Jangan lupa mencuba masakan ni bila berkunjung ke Sarawak....

Terima Kasih...

Ciri keselamatan wang kertas Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Koleksi Wang Malaysia Edisi keempat

Bertemu lagi kita pada entri kali ini. kupasan yang menarik bagi saya untuk kali ini adalah mengenai wang kertas malaysia. Wang kertas Malysia telah di perkenalkan telah sekian lama. ia telah melalui pelbagai fasa dan juga edisi. Pada penghujung tahun 2011,  Bank Negara Malaysia telah melancarkan satu lagi edisi wang kertas dan duit syiling baharu malaysia. Ia adalah wang untuk edisi keempat wang kertas malaysia yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. pada mulanyanya pengeluaran duit syiling dan duit kertas ini banyak menimbulkan isu kontroversi namun ada juga yang megaitkan rekaan wang kertas aini dengan beberapa teori konspirasi serta bermacam -macam lagi. Sehingga kini wang kertas telah lama beberapa tahun di gunakan di Malaysia. Namun rasanya ramai juga di antara kita yang masih tidak tahu ciri-ciri keselamatan wang kertas negara kita sendiri. Jadi saya kongsikan bersama sedikit info mengenai cir-ciri keselamatan wang kertas Malysia untuk rujukan kita bersama.


wang kertas rm 1
ciri keselamatan wang kertas rm 1
Wang kertas rm5
ciri keselamatan wang kertas RM 5
Wang kertas RM 10
Ciri keselamatan wang kertas RM 10.
Wang kertas RM 20
Ciri keselamatan wang kertas RM 20
Wang kertas RM 50
Ciri keselamatan wang kertas RM 50.
Wang kertas RM 100
Ciri keselamatan wang kertas RM 100




Itulah sedikit sebanyak ciri- ciri keselamatan wang kertas keluaran Bank Negara Malaysia edisi keempat. Moga info ini menambahkan pengetahuan diri anda tentang wang keluaran negara kita ini. sampai berjumpa lagi di lain entri...


Terima kasih..

Saya peminat Jam Tangan G-shock...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

kali ini saya ingin membicarakan salah satu hobi atau kegemaran saya iaitu mengenai jam tangan jenama G-Shock. Entah kenapa saya amat meminati jam jenama ini. Mungkin kerana ketahanan jam tangan tersebut membuat saya rasa tertarik dengan beberapa koleksi jam tangan ini. Oleh itu tidak hairanlah mengapa peminat di luar sana sanggup menghabiskan ribuan serta puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan beberapa koleksi jam tangan G-Shock limited edition keluaran Casio ini.



Kikuo Ibe


Sejarah terciptanya jam tangan Casio G-Shock ini agak unik. Ia dicipta ketika jam tangan secara amnya di anggap sebagai instrumen yang senang pecah dan calar. Ia bermula dari impian seorang jurutera muda Jepun yang mahu mewujudkan jam tangan yang tidak mudah pecah dan tahan lasak walaupun terjatuh pada ketinggian yang tinggi. Jurutera tersebut adalah pencipta asal Casio itu sendiri yang bernama Kikuo Ibe, Ketua reka bentuk jam tangan Casio ketika itu. Pasukan asal projek yang sukar ini di tubuhkan pada tahun 1981 dengan hanya tiga orang ahli sahaja. Mereka pada mulanya menyasarkan konsep "Triple Ten" di mana jam tangan yang menpunyai 10 meter rintangan kejutan ketika jatuh, rintangan tekanan air 10 bar dan jangka hayat bateri selama 10 tahun.


Keluaran G-Shock yang pertama pada tahun 1983.
model DW5000. kini di kelurkan semula edisi ke 35tahun.

Namun semakin hari banyak evolusi dan model- model G-Shock telah dicipta hasil kejayaan dari 3 orang tersebut. Selepas lebih dari 200 prototaip eksperimen yang telah dihasilkan serta beberapa kehendak dan permintaan tercapai maka G-Shock model pertama dilancarkan pada tahun 1983 iaitu model G-Shock DW5000. G-Shock telah merintis jalan evolusi pada sesetenagh jenama jam lain serta hingga kini masih mengekalkan beberapa struktur asas G-Shock itu sendiri dari bahan getah.



Ulang tahun ke 35 G-Shock 


antara keluaran 35 tahun limited edition model G-Shock.
Frogman GWF-D1035B-1JR yang hampir mencecah harga puluhan ribu ringgit.


Kini G-Shock telah melepasi ulang tahun ke 35 pada tahun 2018 dan semakin bersemangat mencipta beberapa model sempena ulang tahun ke 35 jenama jam tersebut. dan kini ianya masih menjadi pilihan ramai peminat jam di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya sendiri telah memiliki beberapa model jam tangan G-Shock dari tahun 2011 lagi. Sehingga kini ia masih bertahan dengan baik. dan apabila saya menyertai beberapa kumpulan di facebook rupanya ramai di luar sana yang telah mengubah suai jam mereka dari segi dalaman, warna, tali, serta lain-lain yang menjadikan jam tangan mereka lain dari yang lain serta unik dan menarik.

antara koleksi G-Shock saya model Frogman GWF-D1000NV- 2JF 


antara koleksi G-Shock saya. model Rangeman GW 9400 NV- NCF


antara pilihan tambahan barang-barang G-Shock yang dijual secara online


Model G-Shock terbaru 2018.  Rangeman GPW1000 yang ditambah dengan ciri- ciri baru seperti gps dan teknologi baru.



Itulah sedikit sebanyak info yang saya kongsikan untuk anda tentang Jam tangan jenama G-Shock ini.
terima kasih.....

Khamis, 5 Julai 2018

Edisi Piala Dunia 2018 Russia

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Setelah melalui beberapa tahun ,bulan dan hari, bahang road to final World Cup 2018 makin terasa. Russia adalah sebagai tuan rumah Piala Dunia untuk edisi kali ini.



                                                          Piala Dunia 2018 di Russia
                               


Daripada 32 pasukan yang layak bermain di peringkat kumpulan di  Russia hanya 8 pasukan sahaja yang telah melayakkan diri ke suku akhir setelah beberapa keputusan mengejutkan dalam edisi Piala Dunia  kali ini. Bekas juara piala dunia edisi 2014 iaitu Jerman terpaksa pulang awal akibat tewas mengejut pada pasukan lain dalam saingan kumpulan. begitu juga degan portugal dan argentina iaitu nama-nama besar dalam ranking FIFA Dunia terpaksa pulang selepas kalah dalam saingan peringkat 16 pasukan. Belanda dan Italy pula lansung tidak layak ke Russia dalam edisi kali ini. Banyak sekali keputusan mengejut di luar jangkaan peminat dunia di pamirkan terutama Russia sebagai tuan rumah setakat ini terus mara sehingga kini di peringkat suku akhir. 







Apapun kita tunggu pada perlawanan seterusnya. Manakah pasukan yang akan mara sehingaa ke Akhir. dan siapa pula pemenang Piala dunia disi 2018 Russia. Moga Piala Dunia edisi 2018 sentiasa menghiburkan dengan semangat kesukanan.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia dari mula kejohanan ini dilangsungkan bermula dari tahun 1930 hingga sekarang. Kejohanan berprestij ini dilangsungkan hanya empat tahun sekali. Setakat ini Brazil adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali..


Photoshop Skill.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Entri kali melibatkan sedikit pengubahsuaian dalam aplikasi editor. Hasil jari jemari terpaksa di kerah bagi memastikan majalah edit ini nampak asli, walaupun saya mempunyai pengalaman mengedit beberapa gambar sebelum ini namun untuk edit majalah seperti ini adalah hasil pertama saya. Tak sangka nampak seperti menjadi jugak.





Gambar ini diambil dan kemudiannya di edit menggunakan hasil gabungan Picsart dan juga adobe photoshop.. Hasilnya majalah maskulin versi Sukan diterbitkan untuk edisi Julai 2018..

Ke Langkawi kita......

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ni saya ingin berkongsi sedikit pengalaman perjalanan saya ke Pulau Lagenda di Kedah iaitu Pulau Langkawi. Waktu ni saya pergi bersama kawan. Bukan tujuan untuk melancong, tapi ada kerja sikit di langkawi. Perjalanan dari rumah saya di kawasan Kulim hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan melalui Lebuh Raya Utara Selantan sampai ke Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis ke Langkawi saya kemudiannya menaiki feri dianggarkan masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit. harga tiket  untuk dewasa RM18 . Manakala untuk kanak- kanak lebih kurang RM13. Untuk orang Langkawi pulak boleh dapat diskaun. Tapi kad pengenalan bukti orang Langkawi tu kena tunjuk le. Jadi, tepat jam 3 petang saya pun beratur le naik feri menuju ke Langkawi.





Jeti Kuala Perlis
Sekitar terminal feri Jeti Kuala Perlis


Mulanya di Kuala Perlis tu cuaca mendung tapi bila berada di laut tu tiba- tiba hujan lebat. boleh tahan le dia punya gelora. jika tak kena gaya boleh muntah balik apa yang dimakan tadi. Tapi jika anda nak ke Langkawi selain menaiki feri anda boleh cuba alternatif lain  iaitu menaiki kapal terbang. Ada penerbangan ke Langkawi ni tiap-tiap hari. Apapun alhamdulillah ok jugak sampai ke Langkawi. Seperti biasa, Langkawi ni memang banyak dengan Kunjungan pelancong. tak kira pelancong dari Malaysia atau dari negara luara. Baru tadi sempat bertanya pada salah seorang pemandu pelancong di sini. Katanya sekarang musim pelancong dari Arab. patut le pasangan dan keluarga dari negara arab nampak ramai. bermusim rupanya. Sampai je di Pulau langkawi kawan saya dah tunggu untuk pick up saya. Tapi sebelum tu saya sempat juga jenguk- jenguk di sekitar terminal jeti Langkawi ni. banyak kedai barangan bebas cukai. paling top dah tentu Haji Ismail Group (HIG).





Mercu tanda Langkawi.. Burung Helang.



Terminal Feri Jeti Langkawi

  Sekitar terminal Jeti Langkawi



Selepas itu saya dan rakan-rakan yang lain pun menaiki kereta ke tempat penginapan kami di kawasan Pantai Cenang. Bila sampai je di homestay tu kami bercadang nak keluar jalan- jalan di sekitar pantai Cenang ni. Tapi tujuan kami lebih terarah pada kawasan pantai berdekatan dengan Airport Langkawi tu. Sampai je di kawasan pantai apa lagi kami pun ambil le gambar. Maklum le dah lama tak sampai di sini. Alang-alang kami tunggu sampai  matahari terbenam. Memamg suasana yang menarik..



                            Pantai berdekatan dengan airport Langkawi. menarik bukan.

                                         
                                                   
Suasana matahari terbenam.





Selepas itu kami pun balik ke tempat penginapan kami. Pada sebelah malam pula kami semua keluar menuju ke pantai Cenang. Wow, memamg nampak meriah di sini dengan palancongnya. Macam- macam aktiviti di lakukan. Yang berenang pun ada waktu malam ni. So kami mengambil keputusan untuk melihat pertunjukan api dan sambil tu kami layan "Shisya" tepi pantai tu. harga sewa Shisya rm25. Dengan cuaca yang sejuk sambil melihat pertunjukan api ni rasa seronok pula, Kami berbual sehingga lebih kurang jam 12 malam dan selepas itu barulah kami balik ke tempat penginapan kami setelah rasa penat seharian berjalan..

ok.itu untuk entri kali ni. Nanti saya akan ceritakan lagi pada entri akan datang.sampai berjumpa lagi.terima kasih.



Sekitar pantai Chennang



Pertunjukan Api



Suasana malam di Pantai Chennang.

Bersantai di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu lagi kita pada entri kali ni. Harap semuanya sihat seperti biasa. kebetulan saya masih la...